Sabtu, 26 Mac 2016

MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL QURAN 3

Radio MP3 yang digunakan sejak 2011

Radio MP3 versi terkini, lebih handy, bateri tahan lebih lama

Ini merupakan salah satu alat yang amat membantu saya dalam mendidik anak saya menghafal Al Quran. Radio MP3 pertama telah saya beli semasa Izzul masih lagi dalam kandungan pada tahun 2011. Bahkan sewaktu saya hamil dan ketika menunggu bersalin di hospital..radio ini juga menemani saya sepanjang hari.

Rentetan dari artikel dan buku2 yang saya baca mengenai teknik mudah didik anak menghafal Al Quran, hafalan melalui pendengaran amat berkesan kepada anak kecil. Ini salah satu teknik yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa. Teknik ini telah hampir 70% menbantu saya mendidik Izzul menghafal. Radio ini disarankan di pasang sepanjang masa anak bermain...semasa anak tidur...biarkan saja ia terpasang dan nanti akan amat mengejutkan kita...secara tak langsung anak2 kita telah menghafal surah2 yang selalu didengarinya.

Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.

2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.

3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.

4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.

5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.





Khamis, 3 Mac 2016

TIPS BAWA STROLLER PERGI UMRAH

Stroller..jgn bawa jenis mahal yer

Ni antara tips paling penting nak kongsi...tips bawa stroller...jenuh gak google blog2 org pasal nak bawa stroller..tips paling penting yg saya jumpa, jgn bawa stroller mahal sbb kat sana stroller mmg mudah betul hilang, bahkan mutawif yg saya jumpa sebelum berangkat kesana pun cakap stroller anak dia hilang kat sana.

Sebab anak2 saya kecik dan agak aktif, saya rasa macammana pun kena bawa stroller gak..maka kami bawa ler yang jenis biasa2 jer, yang boleh lipat mcm payung dan harga pun takdelah riban2 :)

Seperi yang dah saya cerita sebelum ni kami bawa dua stroller. For your info, mmg sgt2 membantu bawa stroller ni. Untuk aktiviti ziarah tak perlulah angkut stroller sbb bas berhenti betul2 kat tpt ziarah selalunya.

Pengalaman kami, stroler amat membantu terutama di airport..waktu menunggu yg agak panjang, jarak jalan kaki yg jauh dkt airport dan kami gunakan juga utk tolak anak ke masjid time subuh..

Hari akhir kami di Mekah, stroller si abg hilang di depan Masjidil Haram sebaik saja menunaikan solat Maghrib,