Selasa, 2 Ogos 2016

Perjalanan Hidup Sebagai Usahawan

Assalamualaikum..lama sudah tak update blog ini,byk yang nak dikongsikan..antara yang paling penting nak dikongsikan ialah perjalanan hidup saya sbg seorang usahawan selain dari seorg guru, ibu dan isteri :)

Pastinya faktor pembahagian masa menjadi agenda utama, dan tak lupa juga proses penggalian ilmu dlm menjadi seorg usahawan amat dititikberatkan...dari mana dpt idea nak jadi usahawan? Semua ni sbb tertarik setelah melihat ibu mertua sendiri cukup cekal sbg peniaga walaupun dah dihujung usia..

Sepanjang 4 bulan yang lepas saya dan suami sibuk menubuhkan Zulfa Supply Ent...sebuah syarikat yg kami tubuhkan dgn niat membantu lebih banyak lagi bumiputera diluar sana untuk berniaga..terutama pada mereka yang menghadapi kekurangan modal...dalam erti kata lain kami merupakan sebuah syarikat yang membekalkan produk2 pada harga borong kepada para agent2 kami..sehingga hari ini..setelah 4 bulan berlalu...ada sekitar 50 org agent yg bernaung dibawah syarikat kami dari pelbagai latarbelakang..surirumah..mahupun doktor...

Diantara produk utama kami ialah Smart Radio Digital Al Quran...para agent kami telah meningkatkan jualan sehingga 1000 unit lebih telah terjual
Front Page
Back

Smart Radio Digital Alquran
Versi MAUIZATI


KELEBIHAN VERSI MAU'IZATI ( Total -787 files)

Penerangan & peringatan perjalanan kehidupan 5 alam yang kita tempuhi, serta bab2 berkaitan menghadapi kematian; keadaan dan perjalanan roh semasa dan selepas jasad dikebumikan.. Bersedia kah kita??🤔
💖 Pengisian yang sangat bermanfaat
💖Kuliah khas Mau'izati Ustaz Ahmad Dusuki-34 files
💖Koleksi Soal Jawab bersama Ustaz Azhar Idrus-170 files
💖Ceramah ustaz2 terpilih
💖Motivasi terbaik bersama ustaz Ebit Lew
💖Koleksi kuliah yg menyentuh hati oleh Ustazah Nur Hafizah Musa
💖Doa harian-8 files
💖Doa pilihan-12 files
💖Zikir2 terpilih
💖Selawat2 terpilih
💖Nasyid pilihan-57 files
💖Bab taharah-6 files
💖Rukun solat-28 files
💖Jamak dan qasar- 6 files
💖Bab Mahram -3 files
💖Bacaan Al-quran 30 juzuk - Sheikh Saad al Ghamdi
💖Bacaan Al-Quran dan terjemahan 30 juzuk - Sheikh Misyari Rashid
💖Bacaan Ayat Ruqyah yg sangat bermanfaat - 5 files.
💖Surah Amalan ibu mengandung
💖Juz Amma (Turutan muqaddam) & surah terpilih Syeikh Taha al Junayd
💖Juzz Amma mudah hafazan (bacaan berulang & turutan muqaddam)**Sangat sesuai untuk memudahkan hafazan.
💖Azan
💖 8 surah terpilih oleh Sheikh Al-Jibril & As-Sudais
💖Ceramah istimewa dari anak saudara TGNA (Ust Dasuki & Ust Nik M. Zawawi) berkaitan ... Perjuangan TGNA & TGNA dlm kenangan.
Mau’izati merupakan satu pengajaran dan peringatan kepada manusia yang sering kali tersasar daripada landasan dan kadang-kadang tanpa disedari kita telah lalai menjalani tanggungjawab sebagai hamba Allah. Lumrahnya manusia seringkali berada di dalam keadaan yang leka. Namun Islam mengajak manusia supaya segera kembali kepada Allah serta tidak terus berada di dalam kelekaan. Jangan sehingga manusia itu lupa daratan sehingga menjadi manusia yang ‘taghut’ yang disebut berkali-kali di dalam al-Quran. Firman Allah : “Dan manusia ini, jangan jadi begitu teruk , ketika mana kamu lihat kamu sudah cukup dan kamu hidup di dalam keadaan selesa, kamu terlupa kepada Allah SWT”.



Sabtu, 26 Mac 2016

MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL QURAN 3

Radio MP3 yang digunakan sejak 2011

Radio MP3 versi terkini, lebih handy, bateri tahan lebih lama

Ini merupakan salah satu alat yang amat membantu saya dalam mendidik anak saya menghafal Al Quran. Radio MP3 pertama telah saya beli semasa Izzul masih lagi dalam kandungan pada tahun 2011. Bahkan sewaktu saya hamil dan ketika menunggu bersalin di hospital..radio ini juga menemani saya sepanjang hari.

Rentetan dari artikel dan buku2 yang saya baca mengenai teknik mudah didik anak menghafal Al Quran, hafalan melalui pendengaran amat berkesan kepada anak kecil. Ini salah satu teknik yang sering digunakan oleh kebanyakan ibu bapa. Teknik ini telah hampir 70% menbantu saya mendidik Izzul menghafal. Radio ini disarankan di pasang sepanjang masa anak bermain...semasa anak tidur...biarkan saja ia terpasang dan nanti akan amat mengejutkan kita...secara tak langsung anak2 kita telah menghafal surah2 yang selalu didengarinya.

Teknik Mendengar Kaset

1. Pilih seorang qari’ yang baik bagi seluruh Al-Qur’an atau beberapa qari’ bagi surah-surah tertentu.

2. Sebelum mula menghafal, dengar bacaan ayat-ayat yang ingin dihafal beberapa kali.

3. Amati cara, lagu dan tempat berhenti bacaan qari’ tersebut sehingga terpahat di fikiran.

4. Mula menghafal ayat-ayat tersebut dengan cara dan gaya qari’ tersebut.

5. Sentiasa mendengar kaset bacaan Al-Qur’an dan kurangkan atau tinggalkan pendengaran lagu kerana ia akan mengganggu penghafalan.





Khamis, 3 Mac 2016

TIPS BAWA STROLLER PERGI UMRAH

Stroller..jgn bawa jenis mahal yer

Ni antara tips paling penting nak kongsi...tips bawa stroller...jenuh gak google blog2 org pasal nak bawa stroller..tips paling penting yg saya jumpa, jgn bawa stroller mahal sbb kat sana stroller mmg mudah betul hilang, bahkan mutawif yg saya jumpa sebelum berangkat kesana pun cakap stroller anak dia hilang kat sana.

Sebab anak2 saya kecik dan agak aktif, saya rasa macammana pun kena bawa stroller gak..maka kami bawa ler yang jenis biasa2 jer, yang boleh lipat mcm payung dan harga pun takdelah riban2 :)

Seperi yang dah saya cerita sebelum ni kami bawa dua stroller. For your info, mmg sgt2 membantu bawa stroller ni. Untuk aktiviti ziarah tak perlulah angkut stroller sbb bas berhenti betul2 kat tpt ziarah selalunya.

Pengalaman kami, stroler amat membantu terutama di airport..waktu menunggu yg agak panjang, jarak jalan kaki yg jauh dkt airport dan kami gunakan juga utk tolak anak ke masjid time subuh..

Hari akhir kami di Mekah, stroller si abg hilang di depan Masjidil Haram sebaik saja menunaikan solat Maghrib,

Ahad, 14 Februari 2016

TIPS BAWA ORANG TUA PERGI UMRAH

Scooter di Masjidil Haram
Kami ke sana bersama ibu dan ibu saudara yang sudah berusia 60 keatas, semasa di Malaysia lagi mmg ibu saya sudah sakit kaki, tak dapat jalan jauh, namun dia gagahkan juga menyelesaikan umrah wajib ke atasnya.

 Tapi semasa umrah yang kedua, dia mmg dah sakit kaki betul...anak2 saya pun dah lenguh kaki, maka alternatifnya kami saie dengan menggunakan scooter di atas. Mana nak dapat?? 

Kena naik tingkat atas sekali tempat saie tu, ia boleh di sewa pada kadar harga 50 riyal untuk single, untuk double pula 100 riyal. Kami sewa yang 100 riyal..alhamdulllah mengendalkan scooter tu juga amat mudah, hanya mengunakan kuasa bateri.

Lagi satu..kerusi tongkat macam dekat bawah ni, sangatlah berbaloi untuk dibawa. Harganya sekitar rm50 kot di farmasi di Malaysia..mungkin boleh dapat lagi murah. Mak dan mak sedara saya bawa sorang satu dari Malaysia. Memang betul dekat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram kerusi ni ada banyak sgt...tapi kerusi yg dibawa ni boleh digunakan di mcm2 tpt...cthnya semasa beratur dkt airport, semasa tunggu org shopping...semasa penat berjalan..nak lepaskan lelah kejap boleh guna kerusi ni..malahan saya sendiri sering pinjam kerusi ni dari mak saya untuk saya duduk akibat kepenatan.

Banyak manfaat kerusi ni....ia ringan...ada jemaah terus bawa masuk dlm flight...ok jer tengok...lepas jer...mak saya pula diarahkan travel agent utk masukkan sekali kerusi tu dlm cargo...patutnya tak payah...kerusi ni turut digunakan sbg tongkat bila mak saya tak larat nak jalan....bykkan manfaatnya :)


Kerusi tongkat yang banyak disediakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
Kerusi Tongkat di bawa dari Malaysia


Sabtu, 13 Februari 2016

TIPS TRIP TO BATAM

Trip to Batam  2014
Trip ke Batam ni simple jer..tapi mcm biasa kena ambik transport gak..senang nak kesana sini...takde apa menarik sgt kat sana..tpt pun kecil jer..brg mahal sbb org Singapore suka lepak sini..stay hotel sana satu mlm..Nagoya Mansion Hotel and Residence..dkt sini mcm kena tipu sikit...dkt booking.com tulis breakfast included..sampai jer sana ckp takde breakfast...lps tu igtkan dkt dgn tpt nak shopping..rupanya jauh gak nak menapak..mmg kena ambil teksi pulak.

Nak ke Batam ni, kami naik feri dekat Stulang Johor Bahru, kali ni kami pergi 4 beranak..kereta pun parking dkt situ

Nama driver yg kitaorg book kat sana...dah tak igt..nombor pun ntah mana..in shaAllah..nanti kalau ada saya masukkan yer....rasanya driver kali ni kami ambil terus dari sana..kami sewa avanza sepanjang hari tu :)

Jambatan Barelang jadi mercu Batam
Nagoya Mansion

Kalau nak kesana or mana2 tempat di indon yang ada teksi bluebird..mmg amat dicadangkan ambik teksi ni..tak risau pasal harga overcharged....pakai meter...bahkan dia ada sistem gps yg boleh track mana teksi2 dia sdg berada..kita boleh call teksi ni dari mana saja kita nak..cth dari shopping complex ke..just bgtahu kita kat mana ok :)..harga sgt berpatutan

teksi blue bird


TIPS TRIP TO MEDAN

Trip to Medan on Feb 2014


1.  Sebelum booking tiket flight, elok solat sunat istikarah dulu...minta pada Allah tunjukkan pd kita patut atau tak kita buat perjalanan tu...tak rugi kita buat istikarah..buat ler beberapa kali.

2.  Lepas dah book tiket dan hotel...beberapa minggu sebelum berangkat buat ler solat sunat hajat byk kali minta Allah lindungi perjalanan kita nanti..

3.  Hari nak berangkat tu, buat ler solat sunat musafir lak..minta perjalanan kita dlm keadaan musafir tu sentiasa dlm redha Allah.

4.   Waktu selamat sampai nanti kesini..jgn lupa buat sujud syukur ke ...solat sunat syukur ke..sbg tanda kita bersyukur selamat semuanya.

Macam biasalah, pemergian kami kesana diuruskan oleh saya sendiri...dapatkan beberapa quotation dari transporter disana..mcm biasalah kami pilih Toyota Innova. Ni transporter yg saya guna di sana..ni email yer  info@medanstarrentacar.com

Bawah ni quotation yg saya dapat dari syarikat ni..drivernya lelaki muslim..Pak Ronald..all in total price include driver Rp 2 000 000...for transport n driver accomodation...ni utk perjalanan penuh disana ke

Day 1- Danau Toba
Day 2 - Berastagi
Day 3 - Medan

Untuk kisah2 lain di sana...kenalah google pengalaman org lain..mcm biasa booking hotel ikut agoda/booking.com...jgn lupa check juga situasi dua gunung berapi yang berada di sana..Gunung Sinabung dan Gunung Kelud...gunung ni nampaknya agak aktif juga..before beli tiket flight baik pantau dulu keadaan disana yer...



Danau Toba

Pulau Samosir Danau Toba

Gunung Sinabung yang rajin gak meletus
Buah2an di Berastagi





Jumaat, 12 Februari 2016

TIPS TRIP TO SURABAYA

 "Dialah Yang menjadikan bumi itu mudah bagi kamu, maka berjalanlah di segala penjurunya dan makanlah sebahagian dari rezki-Nya. Dan hanya kepada-Nya-lah kamu (kembali setelah) dibangkitkan" QS. 67:15

"Berjalanlah di (muka) bumi, maka perhatikanlah bagaimana Allah menciptakan (manusia) dari permulaannya, kemudian Allah menjadikannya sekali lagi. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." Qs. 29:20


Harap info ni dapat membantu sesiapa yg nak bercuti ke Surabaya...all these saya yang urus sendiri...boleh dah saya jadi TA lps ni kot...:)

Ni tips plg PENTING...

1.  Sebelum booking tiket flight, elok solat sunat istikarah dulu...minta pada Allah tunjukkan pd kita patut atau tak kita buat perjalanan tu...tak rugi kita buat istikarah..buat ler beberapa kali.

2.  Lepas dah book tiket dan hotel...beberapa minggu sebelum berangkat buat ler solat sunat hajat byk kali minta Allah lindungi perjalanan kita nanti..

3.  Hari nak berangkat tu, buat ler solat sunat musafir lak..minta perjalanan kita dlm keadaan musafir tu sentiasa dlm redha Allah.

4.   Waktu selamat sampai nanti kesini..jgn lupa buat sujud syukur ke ...solat sunat syukur ke..sbg tanda kita bersyukur selamat semuanya.

Nak bagi sikit lagi tips pada sesiapa yang berminat nak bercuti ke Surabaya,,sebelum all the important details hilang...elok saya kongsikan dgn readers yang berminat nak kesana...kami sekeluarga kesana pada Nov 14...sebulan sebelum kapal terbang Air Asia jatuh dalam perjalannya dari Surabaya ke Singapore...ingat lagi tak...kisah trip ke Surabaya ni mmg pjg...rajin2 ler google blog org lain gak...saya cuma sempat tulis sikit2 tips jer ...busy jer memanjang nih


Gunung Bromo / Merapi yang sentiasa berasap


Nak itenerary ke sini..ni boleh copy sape nak..

itinerary :

29 Nov = Surabaya - Safari Indonesia Park - Batu Village
 - pick up Surabaya Airport in the morning
 - driving in 2 hours to reach Safari Indonesia Park 2 and enjoy there
 - around at 3pm, we depart Safari Park and driving again in 1,5-2 hours to reach Batu Village area
 - check in de-Daunan or Mutiara Baru or Sumber Hotel with 2 standart room ==> breakfast, cool & hot shower
 - free program :
   * BNS (Batu Night Spectacular) ==> the playing ground for family and kids
   * Alun Alun Batu Village ==> culinary center, dinner here with cheap price but delicious one

30 Nov = Batu Village Tour - Bromo
 - after breakfast, we check out hotel at 9am, then doing Batu Village Tour, start to go to :
   1. Picking Apple Tour
   2. Coban Rondo Waterfall
   3. Harum Manis Souvenir Center
 - continue our driving, leave Batu Village around at 1pm, driving to Bromo in about 4 hours
 - reach Bromo area and check in Bromo Permai or Adas Villa with 2 standart room ==> breakfast, cool & hot shower
 - free program

01 Dec = Bromo Tour - Surabaya
 - Bromo Jeep Tour, start hotel at 3.30am
 - visiting :
   1. Penanjakan Peak (Sunrise View Point)
   2. Bromo Crater
   3. Sea of Sand Bromo
   4. Whispering Savanah & Teletubbies Hill
 - back hotel to take your breakfast at 9-10am
 - breakfast time
 - at 12pm, we check out hotel and driving back Surabaya area in 4 hours
 - check in 88 Embong Kenongo or Grand Surabaya Hotel with 2 standart room ==> breakfast, cool & hot shower
 - free program

02 Dec = Surabaya - Airport
 - after breakfast, we check out hotel at 9am
 - doing Surabaya City Tour :
   1. House of Sampoerna Museum
   2. Hero Monument
   3. Submarine Monument
   4. Cheng Ho Mosque
   5. Grocery Shopping (Pasar Turi, Pasar Atom)
 - back Surabaya Airport at 5pm
 - our tour is finished here


Ada byk tpt menarik di sana..bagi saya tpt ni lagi bagus dari Medan, saya ni jenis tak suka ambik khidmat travel agency (TA)...jadi semua urusan kesana saya urus sendiri..mula2 saya dapatkan quotation dari beberapa transporter di Surabaya..lepas tu saya book hotel melalui agoda/booking.com..byk sbb saya taknak guna TA...sbb utama saya taknak terikat dgn jadual TA...saya ni ada anak kecik...jadi kami lebih suka ikut masa dan ikut kepala kami sendiri..

Ni best rate saya dapat untuk kos transport selama beberapa hari disana..emailnya ni ha....

fortunerentcar@gmail.com

Rent innova 07 

Date : 28/11 -30/11= 3 days

450.000/day x3= 1.350.000

Driver meal
45.000/day x 3= 135.000

Date 1/12=12hours. 350.000
Driver meal. . 30.000
-------------------
Total. Rp 1.865.000

Exclude patrol, tol and parking fee

We will give you muslim driver


Harap dah jelas..driver kami disana namanya Pak Rudi..mmg terbaiklah driver ni..kos ni tak termasuk dgn kos hotel2 disana...makan minum kita...tu cerita lain yer....

Untuk pengangkutan jip ke Gunung Bromo pula...saya berurusan dengan no ni..saya pun dah lupa...try lah wassap dia ni..bagus orgnya..Pak Joko klu saya tak silap..006289664924955
Saya juga mmg dptkan quotation terbaik utk Gunung Bromo trip...

1 jeep Rp.750.000 untuk 4 lokasi (kawah Bromo, Padang Savana, Pasir berbisik dan penanjakan 1 untuk melihat sunrise)

Untuk 1 Homestay Rp.650.000 2 kamar. (kapasitas 5-6 orang)
Homestay Rp.300.000/kamar (kapasitas 2 orang)
Hotel Sukapura permai Rp.350.000/kamar (kapasitas 2 orang)
Hotel Bromo permai Rp.500.000/kamar (kapasitas 2 orang)

Sangat sejuk atas ni..boleh beku rasanya

Bergambar bersama jeep yang kami sewa

Homestay di Bromo,rumah dikelilingi ladang daun bawang.Innova dan Pak Rudi setia menunggu kami.

Sibuk petik epal di Batu, Surabaya



MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL QURAN 2


TV sebagai medium utama hafalan

Ini merupakan medium terbaik kami dalam memantapkan hafalan anak kami...bahkan proses mendengar sahaja bacaan ini secara berulang kali selama beberapa jam setiap hari, membantu si abang menghafal dengan cepat, Tak pasang kat tv pun tak apa, janji ia boleh didengar oleh anak. Biarkan sahaja anak sibuk bermain dengan permainan kesukaan mereka, tetapi telinga mereka dapat menangkap bacaan ini dengan cepat.

Mana nak dapat bacaan macam ni....ada byk dkt youtube..ni contoh yer..boleh download dan simpan dlm pen drive

https://www.youtube.com/watch?v=2b04Czi9Puw





MENDIDIK ANAK MENGHAFAZ AL QURAN 1


Ebook yang menjadi sumber inspirasi

Assalamualaikum sahabat semua..

Kali ini saya nak memperkenalkan satu buku yang menjadi inspirasi saya mendidik anak dalam menghafal Al Quran. Ini ialah ebook yang boleh dibeli dari parenting islamic network..kalau google pun boleh jumpa buku ni..semoga penulis buku ini diberi ganjaran oleh Allah  dgn ilmu yang dikongsikannya..aamiin. 

Buku ini saya beli beberapa tahun yang lepas..memandangkan saya dan suami bekerja..bukan sbg ustaz ustazah....kami bukan juga ahli AlQuran (dlm konteks bukan mahir tajwid, bahkan ada waktunya kami juga tidak membaca AlQuran stp hari)....proses menghafal ini menjadi agak perlahan berbanding ibu2 lain yang dapat memberi komitmen sepenuhnya pada anak2 mereka 

Proses hafalan ini menjadi satu proses..bkn saja buat anak2..tapi juga buat kami suami isteri. Saban hari kami berusaha melengkapkan diri dgn ilmu2 baru terutamanya ilmu keibubapaan supaya kami dapat menjadi ibu bapa yang lebih baik buat anak2 seterusnya dapat memasuki jannah bersama2..in sha Allah..aamiin.

Alhamdulillah..dalam kelembapan komitmen kami dalam mendidik anak menghafal..si abang telah menghafal 20 surah2 lazim ketika berusia 4 tahun. Semoga ini dapat menjadi inspirasi buat ibu bapa lain yang seperti kami untuk berusaha menjadikan anak kalian seorg al hafiz/hafizah.

Kalian juga boleh rujuk pada http://darwishndarwisya.blogspot.my/ sebagai sumber inspirasi untuk menjadikan anak kalian seorang alhafiz/hafizah.

Buku2 parenting yang sgt bagus utk dimiliki