Ahad, 14 Februari 2016

TIPS BAWA ORANG TUA PERGI UMRAH

Scooter di Masjidil Haram
Kami ke sana bersama ibu dan ibu saudara yang sudah berusia 60 keatas, semasa di Malaysia lagi mmg ibu saya sudah sakit kaki, tak dapat jalan jauh, namun dia gagahkan juga menyelesaikan umrah wajib ke atasnya.

 Tapi semasa umrah yang kedua, dia mmg dah sakit kaki betul...anak2 saya pun dah lenguh kaki, maka alternatifnya kami saie dengan menggunakan scooter di atas. Mana nak dapat?? 

Kena naik tingkat atas sekali tempat saie tu, ia boleh di sewa pada kadar harga 50 riyal untuk single, untuk double pula 100 riyal. Kami sewa yang 100 riyal..alhamdulllah mengendalkan scooter tu juga amat mudah, hanya mengunakan kuasa bateri.

Lagi satu..kerusi tongkat macam dekat bawah ni, sangatlah berbaloi untuk dibawa. Harganya sekitar rm50 kot di farmasi di Malaysia..mungkin boleh dapat lagi murah. Mak dan mak sedara saya bawa sorang satu dari Malaysia. Memang betul dekat Masjid Nabawi dan Masjidil Haram kerusi ni ada banyak sgt...tapi kerusi yg dibawa ni boleh digunakan di mcm2 tpt...cthnya semasa beratur dkt airport, semasa tunggu org shopping...semasa penat berjalan..nak lepaskan lelah kejap boleh guna kerusi ni..malahan saya sendiri sering pinjam kerusi ni dari mak saya untuk saya duduk akibat kepenatan.

Banyak manfaat kerusi ni....ia ringan...ada jemaah terus bawa masuk dlm flight...ok jer tengok...lepas jer...mak saya pula diarahkan travel agent utk masukkan sekali kerusi tu dlm cargo...patutnya tak payah...kerusi ni turut digunakan sbg tongkat bila mak saya tak larat nak jalan....bykkan manfaatnya :)


Kerusi tongkat yang banyak disediakan di Masjid Nabawi dan Masjidil Haram
Kerusi Tongkat di bawa dari Malaysia


Tiada ulasan:

Catat Ulasan